Sunday, 13 March 2016

Betul Kata Leman (Part 1)

"Kau tau orang macam mana yang paling susah nak senyum?" Tanya Leman

"Orang yang tengah tunggu turn nak guna toilet kat stesen minyak." Sambung Leman selepas takde sorang pun layan soalan beliau.

Leman ketawa acah-acah dan berlalu pergi. Makin lama makin perlahan dan berakhir dengan bunyi tong sampah kena sepak. Semua orang masih fokus main Fun Run.

Punchline tanpa perhatian tu sama je macam remote astro masa astro dah kena potong.

Wednesday, 5 November 2014

Siri Bercakap Dengan Cermin

"Rokok nak naik lagi kau tau kan? Dah boleh kau berhenti merokok tu. Bukan dapat apa pun. Aku tengok kau ni merokok kuat. Bangun tidur bancuh kopi, lepas tekak basah bakar sebatang. Pasang komputer nak buat kerja. Sementara tunggu komputer hidup bakar lagi sebatang. Kalau buat kerja setiap setengah jam kau bakar lagi sebatang-sebatang. Komputer slow kau pun tension, lagi sebatang. Tengahari pergi makan sementara tunggu makanan bakar sebatang. Habis makan bakar sebatang. Lepak-lepak kejap sebab perut penuh sambil online guna wifi mamak habis kurang-kurang dua batang. Kat rumah sambung buat kerja pasang lagi sebatang-sebatang. Lepas tu tension bakar sebatang, tension lagi bakar sebatang. Nak "membuang" pun pekena sebatang. Petang-petang pergi minum kopi kurang-kurang habis 3 batang. Makan malam pun sama. Sebelum sebatang, selepas sebatang. Lepas tu konon-konon nak bagi cepat hadam layan lagi sebatang. Malam sikit lepak dengan kawan-kawan entah berapa batang habis. Mulut tu melekat je rokok aku nampak. Dah nak gerak balik "timing" lagi sebatang. On the way balik dalam kereta pun sebatang. Balik rumah sambung kerja, sambung juga sebatang-sebatang sebab nak tahan mengantuk. Kalau dah mengantuk sangat kau pun off komputer, bakar sebatang dulu. Sangkut traffic jam pun bakar sebatang. Pergi jalan-jalan shoping complex pun tiap sejam kena pergi cari tempat nak pekena sebatang. Sekotak RM12. Ni dengar-dengar nak naik RM13.50. Dengan kau kuat merokok macam ni berapa banyak habis? Tu belum kira belanja kawan-kawan sebatang lagi. Punya la seram gambar kerajaan print kat kotak rokok tu macam tu juga kau hisap. Kau tak takut ke? Tu semua real tau? Macam-macam gambar ada tu. Tu belum masuk gambar penyakit yang tak sesuai nak print takut budak-budak nampak. Kalau kau kumpul-kumpul duit beli rokok tu setahun dah cukup dah budget kau nak travel. Beli Janoski ke apa ke. Dah aku malas nak cakap banyak. Kau faham tak ni?"

Lelaki dalam cermin tu mengangguk sekali, bakar rokok dan blah macam tu je. Dasar kepala batu!

Monday, 4 August 2014

Cemas Sekitar 15 saat

Benda ni baru sangat jadi ni. Aku taip entry ni pun baki-baki cemas tadi ada lagi.

Tadi aku berhenti kat traffic light. Sebelah kiri aku ada sebiji van berhenti. Aku pun pandang la kat dalam van tu. Dalam samar-samar (cermin van tu gelap sikit) aku nampak brader van tu pandang aku. Aku pun senyum je la sambil angguk-angguk kepala. Brader van tu pandang je kat aku. Aku mula cemas dah. Brader tu botak dan berbadan besar. Sekejap-sekejap tu je aku cuba ingat kot-kot aku ada buat hal dengan orang. Traffic light bertukar hijau brader tu pun gerak tapi wedehel mata dia arah ke belakang?

Ok ni aku nak marah ni! Apa jadah brader tu sangkut cermin mata kat belakang kepala dia? Cermin MATA patutnya kat MATA! Tak pasal je aku cemas!

Monday, 23 June 2014

Cerita Kedai Kopi - Part 1

"Semua bank kapitalis!" Suara Bidin lantang. "Pembunuh dalam diam. Bank-bank ni semua bunuh kebebasan kita tanpa sedar. Sebab tu aku beli motor tu pun aku hutang dengan Ah Wong" sambung Bidin sambil menghentak-hentak meja. Kopi panas Daud tumpah sedikit. Panas hati Daud. Kalau bukan sebab dia tengah mengejas Leha anak Mak Jah memang dia curah kopi ni dalam telinga Bidin. Daud menjeling Leha yang sedang mengemas meja sebelah. Leha senyum simpul, hati Daud bergoncang.

"Kalau kau tak berhutang dengan bank, macam mana kau nak beli rumah dengan kereta Bidin? Orang sekarang ni nak kahwin pun berhutang tau." Cikgu Seman bertanya. Mungkin terasa dengan kenyataan Bidin. Smartphone yang belum habis ansuran pun dimasukkan dalam poket. Aku pelik Cikgu Seman ni budak belum balik sekolah lagi dah terpacak kat kedai ni. Handal sangat ke murid-murid dia? "Kita beli cash la cikgu. Jangan pening kepala berhutang tu. Tu projek perumahan kat simpang sana tu rumah dua tingkat baru RM300,000. Boleh sangat nak beli cash." Bidin menjawab. "Banyak duit kau Bidin nak beli cash. Kau ada buat bisnes ke apa?" Tanya Cikgu Seman. "Saya tak bisnes apa-apa cikgu. Tapi saya ni la contoh belia berwawasan. Saya kalau dah nak sesuatu benda tu mesti saya usaha sampai dapat punya." Bidin bercakap gaya pakar motivasi. "Dalam dompet cikgu ada RM300 sekarang? Bagi kat saya. Esok cikgu ikut saya pergi beli tunai rumah kat simpang tu. Saya bagi balik cikgu RM1000 esok." Bidin kompiden. "Nah Bidin. Kau jangan tak bagi aku RM1000 esok. Duit aku tinggal tu je." Ujar Cikgu Seman sambil menghulur beberapa keping not RM50 kepada Bidin. "Jangan risau la cikgu. Ini Bidin la." Jawab Bidin sambil menghidupkan enjin motornya. Bidin pun memecut laju tanpa membayar duit teh ais dengan nasi lemak telur mata yang dia belasah tadi. "Kau rasa Bidin nak buat apa dengan duit tu ye?" Tanya Cikgu Seman kepada Daud. "Entah la cikgu. Bidin tu apa yang dia reti buat. Siang malam melepak je jerja dia."

Petang tu heboh cerita Bidin kena tahan wad sebab kena belasah dengan tokey mesin kuda kat pekan. Dengar cerita Bidin terajang komputer dia. Apa benda la Bidin ni tunjuk handal dengan komputer.

Malam tu aku nampak kat newsfeed Facebook status Cikgu Seman
"Want to sell: Iphone 5s (pm for price)"

Saturday, 26 April 2014

Tenanglah Di Sana Paling Sabar Di Dunia

"Terima kasih asuh saya hingga jadi manusia. Jasamu tak terbalas. Moga doa anak ini sampai. Moga anak ini soleh"

Beberapa minggu kebelakangan merupakan waktu yang paling sukar dalam hidup aku. Berperang dengan musuh boleh diangkat senjata. Menang kalah jangan kira. Kalau berperang dengan perasaan? Bila jiwa kau dalam kerinduan yang amat sangat hingga buat kau sedih tapi kau tak boleh sedih atas banyak sebab. Apa kau nak buat? Saat kau rasa sendiri dalam ruang kosong tiada bunyi tapi kau tetap kena lawan emosi. Tanggungjawab memberi nafkah atas kau. Sumber pendapatan kau tidak memberi peluang untuk emosi itu. Tapi hati anak selama hampir 30 tahun ini sangat rapuh. Tiba-tiba datang perasaan terkilan. Terkilan itu, terkilan ini. Tiba-tiba datang perasaan bersalah. Salah itu, salah ini. Anak ini ketawa. Setiap hari anak ini ketawa. Ikhlaskah ketawa anak ini? Anak ini masih boleh bertahan tapi pasti suatu masa nanti anak ini ranap. Anak ini tidak kuat tapi anak ini mengerah kudrat. 

Tak lama lagi dah nak puasa. Tak lama lagi nak raya.


Wednesday, 26 March 2014

Aku Bukan Percaya Sangat Orang Putih Ni

Pagi ni tengah aku guling-guling depan TV dengan remote yang selalu ditekan sebab puluhan rancangan TV yang berbayar ni bosan-bosan belaka tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah aku.

"Hello, anybody home?" suara orang tu berbahasa inggeris. Bila masa pulak aku kawan dengan orang putih ni? Dengan pantas aku sarung seluar. Kurang manis kalau orang tu nampak aku hanya dengan boxer kotak-kotak ni. Lagipun getah pinggangnya dah haus.

Aku buka pintu ada seorang lelaki botak dan berkulit gelap. Ada sedikit parut di muka. 

"But everybody need u right now! The world is depend on u" kata lelaki itu. Dengan aku pun nak cakap orang putih. 

"Tapi aku banyak kerja. Nak sorting gambar, nak burn gambar dalam DVD, nak edit gambar, nak buat layout, nak main Clash Of Clan, macam-macam lagi la. Minta maaf banyak-banyak ye bro" aku cakap kat lelaki tu.

Lelaki tu pandang muka aku dengan wajah yang kosong. Selepas dia mendengus, dia berpusing dan terus berjalan. Di tangannya sebuah fail yang mempunyai logo A. Dari kejauhan aku nampak lelaki bertopeng dan berbaju biru lengkap dengan perisai sedang menunggu lelaki botak itu. Dia juga nampak kecewa mungkin dapat menangkap perbualan kami tadi.

Oh lelaki botak tu nama dia Nick Fury. Orang Amerika katanya.

Tuesday, 11 March 2014

Lempar Belakang - Benda Mengarut Tapi Berwawasan Yang Aku Buat






"I'm Starting With The Man In
the mirror,
I'm Asking Him To Change
His Ways,
And No Message Could Have
Been Any Clearer,
If You Wanna Make The World
A Better Place,
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change."
- Man In The Mirror By Micheal Jackson, 1988.


Hari ni aku update lagi wishlist aku. Banyak sangat benda yang aku hajatkan. Aku pun tak ingat sejak bila aku ada wishlist ni. Tapi sepanjang berapa tahun ni aku rasa tak sampai 20% hajat aku tu tercapai lagi-lagi bila melibatkan duit. Tapi ada dua hajat aku yang dimakbulkan iaitu kahwin dengan isteri aku sekarang ni dan anak pertama lelaki. Alhamdulillah.

Aku dah masuk tahun ke 6 jadi jurugambar. Kebanyakkannya ambil gambar orang kahwin la. Dulu masa sekolah rendah aku nak sangat jadi ahli sains. Nak bina robot sendiri. Aku juga pernah terfikir nak buat suit macam Ironman tu walaupun masa tu aku tak tau pun yang watak Ironman ni ada. 

"Benda kedua yang patut dibuat selepas ada perancangan 
atau idea ialah MULA"

Jadi aku mulakan perancangan aku tu. Masa sekolah rendah mana la aku ada duit. Paling banyak sehari dapat seringgit je. Mana cukup untuk aku kumpul duit nak beli besi. Jadi bahan utama armor suit aku masa tu ialah surat khabar yang dah lama. Orang pun dah tak nak baca. Aku pun mula la bina armor suit aku tu. Siap la dengan pelindung bahu semua. Mana la tau orang jahat cuba serang bahu aku kan. Cuba korang bayangkan kalau Ironman kena serang lepas tu hilang bahu mesti dia pencen lepas tu. Mana cool weh kalau takde bahu. Setelah siap aku pun pakai. Memang nampak mantap dan berkuasa. Aku siap lipat-lipat surat khabar jadi bentuk pistol. Tu la silap aku masa tu tak terfikir nak buat power boleh keluar dari tapak tangan. Kalau tak dengan penerbit, dengan pengarah, dengan Tony Stark tu aku saman. Tapi yang tak sedapnya armor suit aku tu hanya mampu bertahan lebih kurang 10 minit. Apa la kualiti surat khabar sekarang. Baru aku guling-guling kat rumput dah koyak. Macam mana aku nak tahan peluru berpandu nanti.

Aku rasa material yang aku gunakan sebelum ni sangat mengecewakan dari segi ketahanan dan rupa. Ada pula ada banyak-banyak tulisan. Ironman ada tak macam tu? Takde kan? Diorang ni kena faham konsep minimalist. Jadi aku teruskan projek mega aku ni dengan bahan yang lebih kuat dan jitu dari kertas surat khabar iaitu kotak peti ais. Keras dan mempunya warna coklat yang sekata. Ni boleh membuatkan aku rasa kuat. Coklat dengan gold bukan jauh beza pun kan? Kali ni bukan setakat peluru berpandu, Superman tu kalau belot pun selamba aku karate. Setakat Airwolf nak tembak aku gelak je. Tomatoman? Ok tu aku cuak. Kalau dia buat power  "tomatatomatomatok tomatomatok" dia mati la aku. Tapi projek aku ni terbengkalai akibat kekurangan tenaga kerja dan modal. Keras gila kotak ni. Dah 3 bilah pisau lipat aku patah. 3 bilah dah 30 sen. Mati la aku!

Mungkin sebab tu sampai sekarang aku tak jadi ahli sains dan bina robot.


Nota lutut: Lagu tu kalau tak kena dengan entry ni korang abaikan je la. 

Nota kaki: Kalau korang rasa macam kat atas ni korang tak cukup deep. Bye! Hahahaha!