Tuesday, 11 March 2014

Lempar Belakang - Benda Mengarut Tapi Berwawasan Yang Aku Buat






"I'm Starting With The Man In
the mirror,
I'm Asking Him To Change
His Ways,
And No Message Could Have
Been Any Clearer,
If You Wanna Make The World
A Better Place,
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change."
- Man In The Mirror By Micheal Jackson, 1988.


Hari ni aku update lagi wishlist aku. Banyak sangat benda yang aku hajatkan. Aku pun tak ingat sejak bila aku ada wishlist ni. Tapi sepanjang berapa tahun ni aku rasa tak sampai 20% hajat aku tu tercapai lagi-lagi bila melibatkan duit. Tapi ada dua hajat aku yang dimakbulkan iaitu kahwin dengan isteri aku sekarang ni dan anak pertama lelaki. Alhamdulillah.

Aku dah masuk tahun ke 6 jadi jurugambar. Kebanyakkannya ambil gambar orang kahwin la. Dulu masa sekolah rendah aku nak sangat jadi ahli sains. Nak bina robot sendiri. Aku juga pernah terfikir nak buat suit macam Ironman tu walaupun masa tu aku tak tau pun yang watak Ironman ni ada. 

"Benda kedua yang patut dibuat selepas ada perancangan 
atau idea ialah MULA"

Jadi aku mulakan perancangan aku tu. Masa sekolah rendah mana la aku ada duit. Paling banyak sehari dapat seringgit je. Mana cukup untuk aku kumpul duit nak beli besi. Jadi bahan utama armor suit aku masa tu ialah surat khabar yang dah lama. Orang pun dah tak nak baca. Aku pun mula la bina armor suit aku tu. Siap la dengan pelindung bahu semua. Mana la tau orang jahat cuba serang bahu aku kan. Cuba korang bayangkan kalau Ironman kena serang lepas tu hilang bahu mesti dia pencen lepas tu. Mana cool weh kalau takde bahu. Setelah siap aku pun pakai. Memang nampak mantap dan berkuasa. Aku siap lipat-lipat surat khabar jadi bentuk pistol. Tu la silap aku masa tu tak terfikir nak buat power boleh keluar dari tapak tangan. Kalau tak dengan penerbit, dengan pengarah, dengan Tony Stark tu aku saman. Tapi yang tak sedapnya armor suit aku tu hanya mampu bertahan lebih kurang 10 minit. Apa la kualiti surat khabar sekarang. Baru aku guling-guling kat rumput dah koyak. Macam mana aku nak tahan peluru berpandu nanti.

Aku rasa material yang aku gunakan sebelum ni sangat mengecewakan dari segi ketahanan dan rupa. Ada pula ada banyak-banyak tulisan. Ironman ada tak macam tu? Takde kan? Diorang ni kena faham konsep minimalist. Jadi aku teruskan projek mega aku ni dengan bahan yang lebih kuat dan jitu dari kertas surat khabar iaitu kotak peti ais. Keras dan mempunya warna coklat yang sekata. Ni boleh membuatkan aku rasa kuat. Coklat dengan gold bukan jauh beza pun kan? Kali ni bukan setakat peluru berpandu, Superman tu kalau belot pun selamba aku karate. Setakat Airwolf nak tembak aku gelak je. Tomatoman? Ok tu aku cuak. Kalau dia buat power  "tomatatomatomatok tomatomatok" dia mati la aku. Tapi projek aku ni terbengkalai akibat kekurangan tenaga kerja dan modal. Keras gila kotak ni. Dah 3 bilah pisau lipat aku patah. 3 bilah dah 30 sen. Mati la aku!

Mungkin sebab tu sampai sekarang aku tak jadi ahli sains dan bina robot.


Nota lutut: Lagu tu kalau tak kena dengan entry ni korang abaikan je la. 

Nota kaki: Kalau korang rasa macam kat atas ni korang tak cukup deep. Bye! Hahahaha!

No comments:

Post a Comment