"Orang yang suka ketawa dan jarang serius adalah orang yang cuba menyembunyikan masalah atau kesedihan hatinya"
Aku tak ingat aku baca kat mana tapi lebih kurang macam tu la bunyi ayat tu. Tapi bila fikir-fikir betul juga. Aku sendiri la kalau tengok orang yang kelakar mesti ingat orang tu hidup dia gembira je. Tapi tak siapa tau apa yang dia cuba sembunyikan.
Abang aku dah lebih 10 hari kena tahan ICU. Mula-mula kena tahan dekat hospital swasta. Lepas 6 hari hospital swasta tu cakap dah tak boleh nak rawat abang aku lagi jadi diorang pindahkan abang aku ke hospital kerajaan. Doktor cakap abang aku kena denggi tahap tertinggi. Lagi teruk dari denggi berdarah. Tak dapat aku nak cakap macam mana perasaan aku sebagai seorang adik masa tu. Dalam menangis, jauh dalam satu sudut hati aku berkata abang aku akan sihat seperti biasa.
Abang aku ni kembar. Dulu dua-dua ni rock kapak. Kalau korang tengok filem Mamat Khalid yang tajuk dia Rock macam tu la pakaian abang-abang aku ni dulu. Seluar jeans ketat dengan t-shirt Loudness. Aku masa tu kecik lagi. Baru nak belajar bawa basikal roda dua masa tu.
Tarikh lahir kitorang dekat-dekat. Aku 26 Januari, diorang 29 Januari. Masa umur aku genap 7 tahun (kalau tak silap) mak buat jamuan sempena harijadi aku kat rumah. Panggil la kawan-kawan semua datang makan. Menu macam biasa la mee goreng, kacang cap tangan, air sirap, karipap, lengkong (agar-agar) dan yang seangkatan. Tapi masa tu seronok. Semua geng main petang-petang aku ajak.
Lepas asar semua datang. Aku dah siap pakai baju cantik. Baju kena ada kolar baru la
birthday boy. Bedak kat muka jangan cakap. Pelakon opera cina pun
topup bedak kalau nampak muka aku masa tu. Makin lama makin ramai yang datang. Aku tunggu lagi. Dah ramai baru meriah nak potong kek.
Aku kira ada la dalam 12 orang kawan-kawan aku yang datang. Semua muka rakus nak makan kek aku je. Sebagai
birthday boy aku kena
cool. Diorang pun mula la nyanyi-nyanyi lagu selamat hari jadi tu. Walaupun dah berapa kali sambut birthday, tapi part orang nyanyi-nyanyi sebelum potong kek ni mesti aku jadi gelabah. Tiba-tiba je gemuruh. Tapi aku berjaya tiup lilin dan potong kek dengan gayanya.
Habis makan tiba la upacara paling power sekali. Orang bagi hadiah kat aku. Geng-geng aku ni dah boleh baca la hadiah yang diorang bawak. Paling power Ding-Dang tak pun Tora. Yang lain tu jajan gambar durian tu, keropok ketam, kuaci. Tapi mak aku cakap bersyukur kalau orang bagi hadiah. Jangan merungut.
Sampai part abang-abang dengan kakak aku bagi hadiah. Aku dah lupa hadiah yang diorang bagi masa tu. Tapi abang aku yang tengah sakit ni bagi hadiah yang paling besar. Tak sabar aku nak bukak. SET MEWARNA! Aku kecik-kecik memang suka melukis. Punya la aku happy masa tu. Petang tu aku tak keluar main dah walaupun beberapa kali kawan-kawan aku panggil. Aku sibuk melukis. Lantak korang la tak cukup orang nak main konda-kondi.
Tapi masa berlalu, aku berubah, sekililing aku berubah. Aku membesar seperti kebanyakkan remaja. Ada masa jiwa memberontak. Jadi kurang rapat dengan keluarga kerana kononnya ingin bebas. Macam-macam peristiwa jadi. Ada yang suka, ada yang tak berapa nak suka. Tapi sekarang bila aku dah jadi suami, dah jadi bapa baru aku sedar betapa pentingnya ikatan kekeluargaan tu. Syukur aku sedar walaupun lambat tapi belum terlewat.
Sampai ke hari ni keadaan abang aku masih kritikal. Tetapi ada perkembangan positif. Bacaan darah dah naik. Alhamdulillah. Aku kat sini masih sibuk dengan dunia. Jarang dapat tengok abang aku. Harap-harap aku sempat melawat abang aku sebelum waktu melawat tamat esok.
"Abang, adik masih mahu dengar cerita abang. Cerita agama, cerita baju bundle, cerita kelakar, cerita itu, cerita ini. Abang tukang cerita terbaik dalam dunia. Nanti abang sihat kita duduk meja bulat depan rumah mak abah sembang-sembang lagi. Air nescafe panas wajib ada. Sihat cepat ye bang. Adik tunggu."