"Rokok nak naik lagi kau tau kan? Dah boleh kau berhenti merokok tu. Bukan dapat apa pun. Aku tengok kau ni merokok kuat. Bangun tidur bancuh kopi, lepas tekak basah bakar sebatang. Pasang komputer nak buat kerja. Sementara tunggu komputer hidup bakar lagi sebatang. Kalau buat kerja setiap setengah jam kau bakar lagi sebatang-sebatang. Komputer slow kau pun tension, lagi sebatang. Tengahari pergi makan sementara tunggu makanan bakar sebatang. Habis makan bakar sebatang. Lepak-lepak kejap sebab perut penuh sambil online guna wifi mamak habis kurang-kurang dua batang. Kat rumah sambung buat kerja pasang lagi sebatang-sebatang. Lepas tu tension bakar sebatang, tension lagi bakar sebatang. Nak "membuang" pun pekena sebatang. Petang-petang pergi minum kopi kurang-kurang habis 3 batang. Makan malam pun sama. Sebelum sebatang, selepas sebatang. Lepas tu konon-konon nak bagi cepat hadam layan lagi sebatang. Malam sikit lepak dengan kawan-kawan entah berapa batang habis. Mulut tu melekat je rokok aku nampak. Dah nak gerak balik "timing" lagi sebatang. On the way balik dalam kereta pun sebatang. Balik rumah sambung kerja, sambung juga sebatang-sebatang sebab nak tahan mengantuk. Kalau dah mengantuk sangat kau pun off komputer, bakar sebatang dulu. Sangkut traffic jam pun bakar sebatang. Pergi jalan-jalan shoping complex pun tiap sejam kena pergi cari tempat nak pekena sebatang. Sekotak RM12. Ni dengar-dengar nak naik RM13.50. Dengan kau kuat merokok macam ni berapa banyak habis? Tu belum kira belanja kawan-kawan sebatang lagi. Punya la seram gambar kerajaan print kat kotak rokok tu macam tu juga kau hisap. Kau tak takut ke? Tu semua real tau? Macam-macam gambar ada tu. Tu belum masuk gambar penyakit yang tak sesuai nak print takut budak-budak nampak. Kalau kau kumpul-kumpul duit beli rokok tu setahun dah cukup dah budget kau nak travel. Beli Janoski ke apa ke. Dah aku malas nak cakap banyak. Kau faham tak ni?"
Lelaki dalam cermin tu mengangguk sekali, bakar rokok dan blah macam tu je. Dasar kepala batu!
Wednesday, 5 November 2014
Monday, 4 August 2014
Cemas Sekitar 15 saat
Benda ni baru sangat jadi ni. Aku taip entry ni pun baki-baki cemas tadi ada lagi.
Tadi aku berhenti kat traffic light. Sebelah kiri aku ada sebiji van berhenti. Aku pun pandang la kat dalam van tu. Dalam samar-samar (cermin van tu gelap sikit) aku nampak brader van tu pandang aku. Aku pun senyum je la sambil angguk-angguk kepala. Brader van tu pandang je kat aku. Aku mula cemas dah. Brader tu botak dan berbadan besar. Sekejap-sekejap tu je aku cuba ingat kot-kot aku ada buat hal dengan orang. Traffic light bertukar hijau brader tu pun gerak tapi wedehel mata dia arah ke belakang?
Ok ni aku nak marah ni! Apa jadah brader tu sangkut cermin mata kat belakang kepala dia? Cermin MATA patutnya kat MATA! Tak pasal je aku cemas!
Monday, 23 June 2014
Cerita Kedai Kopi - Part 1
"Semua bank kapitalis!" Suara Bidin lantang. "Pembunuh dalam diam. Bank-bank ni semua bunuh kebebasan kita tanpa sedar. Sebab tu aku beli motor tu pun aku hutang dengan Ah Wong" sambung Bidin sambil menghentak-hentak meja. Kopi panas Daud tumpah sedikit. Panas hati Daud. Kalau bukan sebab dia tengah mengejas Leha anak Mak Jah memang dia curah kopi ni dalam telinga Bidin. Daud menjeling Leha yang sedang mengemas meja sebelah. Leha senyum simpul, hati Daud bergoncang.
"Kalau kau tak berhutang dengan bank, macam mana kau nak beli rumah dengan kereta Bidin? Orang sekarang ni nak kahwin pun berhutang tau." Cikgu Seman bertanya. Mungkin terasa dengan kenyataan Bidin. Smartphone yang belum habis ansuran pun dimasukkan dalam poket. Aku pelik Cikgu Seman ni budak belum balik sekolah lagi dah terpacak kat kedai ni. Handal sangat ke murid-murid dia? "Kita beli cash la cikgu. Jangan pening kepala berhutang tu. Tu projek perumahan kat simpang sana tu rumah dua tingkat baru RM300,000. Boleh sangat nak beli cash." Bidin menjawab. "Banyak duit kau Bidin nak beli cash. Kau ada buat bisnes ke apa?" Tanya Cikgu Seman. "Saya tak bisnes apa-apa cikgu. Tapi saya ni la contoh belia berwawasan. Saya kalau dah nak sesuatu benda tu mesti saya usaha sampai dapat punya." Bidin bercakap gaya pakar motivasi. "Dalam dompet cikgu ada RM300 sekarang? Bagi kat saya. Esok cikgu ikut saya pergi beli tunai rumah kat simpang tu. Saya bagi balik cikgu RM1000 esok." Bidin kompiden. "Nah Bidin. Kau jangan tak bagi aku RM1000 esok. Duit aku tinggal tu je." Ujar Cikgu Seman sambil menghulur beberapa keping not RM50 kepada Bidin. "Jangan risau la cikgu. Ini Bidin la." Jawab Bidin sambil menghidupkan enjin motornya. Bidin pun memecut laju tanpa membayar duit teh ais dengan nasi lemak telur mata yang dia belasah tadi. "Kau rasa Bidin nak buat apa dengan duit tu ye?" Tanya Cikgu Seman kepada Daud. "Entah la cikgu. Bidin tu apa yang dia reti buat. Siang malam melepak je jerja dia."
Petang tu heboh cerita Bidin kena tahan wad sebab kena belasah dengan tokey mesin kuda kat pekan. Dengar cerita Bidin terajang komputer dia. Apa benda la Bidin ni tunjuk handal dengan komputer.
Malam tu aku nampak kat newsfeed Facebook status Cikgu Seman
"Want to sell: Iphone 5s (pm for price)"
Saturday, 26 April 2014
Tenanglah Di Sana Paling Sabar Di Dunia
"Terima kasih asuh saya hingga jadi manusia. Jasamu tak terbalas. Moga doa anak ini sampai. Moga anak ini soleh"
Beberapa minggu kebelakangan merupakan waktu yang paling sukar dalam hidup aku. Berperang dengan musuh boleh diangkat senjata. Menang kalah jangan kira. Kalau berperang dengan perasaan? Bila jiwa kau dalam kerinduan yang amat sangat hingga buat kau sedih tapi kau tak boleh sedih atas banyak sebab. Apa kau nak buat? Saat kau rasa sendiri dalam ruang kosong tiada bunyi tapi kau tetap kena lawan emosi. Tanggungjawab memberi nafkah atas kau. Sumber pendapatan kau tidak memberi peluang untuk emosi itu. Tapi hati anak selama hampir 30 tahun ini sangat rapuh. Tiba-tiba datang perasaan terkilan. Terkilan itu, terkilan ini. Tiba-tiba datang perasaan bersalah. Salah itu, salah ini. Anak ini ketawa. Setiap hari anak ini ketawa. Ikhlaskah ketawa anak ini? Anak ini masih boleh bertahan tapi pasti suatu masa nanti anak ini ranap. Anak ini tidak kuat tapi anak ini mengerah kudrat.
Tak lama lagi dah nak puasa. Tak lama lagi nak raya.
Wednesday, 26 March 2014
Aku Bukan Percaya Sangat Orang Putih Ni
Pagi ni tengah aku guling-guling depan TV dengan remote yang selalu ditekan sebab puluhan rancangan TV yang berbayar ni bosan-bosan belaka tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah aku.
"Hello, anybody home?" suara orang tu berbahasa inggeris. Bila masa pulak aku kawan dengan orang putih ni? Dengan pantas aku sarung seluar. Kurang manis kalau orang tu nampak aku hanya dengan boxer kotak-kotak ni. Lagipun getah pinggangnya dah haus.
Aku buka pintu ada seorang lelaki botak dan berkulit gelap. Ada sedikit parut di muka.
"But everybody need u right now! The world is depend on u" kata lelaki itu. Dengan aku pun nak cakap orang putih.
"Tapi aku banyak kerja. Nak sorting gambar, nak burn gambar dalam DVD, nak edit gambar, nak buat layout, nak main Clash Of Clan, macam-macam lagi la. Minta maaf banyak-banyak ye bro" aku cakap kat lelaki tu.
Lelaki tu pandang muka aku dengan wajah yang kosong. Selepas dia mendengus, dia berpusing dan terus berjalan. Di tangannya sebuah fail yang mempunyai logo A. Dari kejauhan aku nampak lelaki bertopeng dan berbaju biru lengkap dengan perisai sedang menunggu lelaki botak itu. Dia juga nampak kecewa mungkin dapat menangkap perbualan kami tadi.
Oh lelaki botak tu nama dia Nick Fury. Orang Amerika katanya.
Tuesday, 11 March 2014
Lempar Belakang - Benda Mengarut Tapi Berwawasan Yang Aku Buat
"I'm Starting With The Man In
the mirror,
the mirror,
I'm Asking Him To Change
His Ways,
And No Message Could Have
Been Any Clearer,
If You Wanna Make The World
A Better Place,
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change."
- Man In The Mirror By Micheal Jackson, 1988.
Hari ni aku update lagi wishlist aku. Banyak sangat benda yang aku hajatkan. Aku pun tak ingat sejak bila aku ada wishlist ni. Tapi sepanjang berapa tahun ni aku rasa tak sampai 20% hajat aku tu tercapai lagi-lagi bila melibatkan duit. Tapi ada dua hajat aku yang dimakbulkan iaitu kahwin dengan isteri aku sekarang ni dan anak pertama lelaki. Alhamdulillah.
Aku dah masuk tahun ke 6 jadi jurugambar. Kebanyakkannya ambil gambar orang kahwin la. Dulu masa sekolah rendah aku nak sangat jadi ahli sains. Nak bina robot sendiri. Aku juga pernah terfikir nak buat suit macam Ironman tu walaupun masa tu aku tak tau pun yang watak Ironman ni ada.
"Benda kedua yang patut dibuat selepas ada perancangan
atau idea ialah MULA"
Jadi aku mulakan perancangan aku tu. Masa sekolah rendah mana la aku ada duit. Paling banyak sehari dapat seringgit je. Mana cukup untuk aku kumpul duit nak beli besi. Jadi bahan utama armor suit aku masa tu ialah surat khabar yang dah lama. Orang pun dah tak nak baca. Aku pun mula la bina armor suit aku tu. Siap la dengan pelindung bahu semua. Mana la tau orang jahat cuba serang bahu aku kan. Cuba korang bayangkan kalau Ironman kena serang lepas tu hilang bahu mesti dia pencen lepas tu. Mana cool weh kalau takde bahu. Setelah siap aku pun pakai. Memang nampak mantap dan berkuasa. Aku siap lipat-lipat surat khabar jadi bentuk pistol. Tu la silap aku masa tu tak terfikir nak buat power boleh keluar dari tapak tangan. Kalau tak dengan penerbit, dengan pengarah, dengan Tony Stark tu aku saman. Tapi yang tak sedapnya armor suit aku tu hanya mampu bertahan lebih kurang 10 minit. Apa la kualiti surat khabar sekarang. Baru aku guling-guling kat rumput dah koyak. Macam mana aku nak tahan peluru berpandu nanti.
Aku rasa material yang aku gunakan sebelum ni sangat mengecewakan dari segi ketahanan dan rupa. Ada pula ada banyak-banyak tulisan. Ironman ada tak macam tu? Takde kan? Diorang ni kena faham konsep minimalist. Jadi aku teruskan projek mega aku ni dengan bahan yang lebih kuat dan jitu dari kertas surat khabar iaitu kotak peti ais. Keras dan mempunya warna coklat yang sekata. Ni boleh membuatkan aku rasa kuat. Coklat dengan gold bukan jauh beza pun kan? Kali ni bukan setakat peluru berpandu, Superman tu kalau belot pun selamba aku karate. Setakat Airwolf nak tembak aku gelak je. Tomatoman? Ok tu aku cuak. Kalau dia buat power "tomatatomatomatok tomatomatok" dia mati la aku. Tapi projek aku ni terbengkalai akibat kekurangan tenaga kerja dan modal. Keras gila kotak ni. Dah 3 bilah pisau lipat aku patah. 3 bilah dah 30 sen. Mati la aku!
Mungkin sebab tu sampai sekarang aku tak jadi ahli sains dan bina robot.
Nota lutut: Lagu tu kalau tak kena dengan entry ni korang abaikan je la.
Nota kaki: Kalau korang rasa macam kat atas ni korang tak cukup deep. Bye! Hahahaha!
Monday, 10 March 2014
Bijak Is A Five Letter Word
Memang kadang-kadang kita ni tak bijak. Bila kita tak tau tentang sesuatu perkara bagi aku senang je - bodoh. Kalau kita tau dan mahir tentang sesuatu perkara maknanya kita bijak. Contoh seorang tukang masak yang dah jadi tukang masak selama 20 tahun tapi bila kereta rosak tepi jalan dia terpinga-pinga tau tau nak buat apa. Ini sebab dia bijak memasak tapi bodoh dalam bab teknilal kenderaan.
Sekarang tengah hangat diperkatakan tentang kapal terbang milik MAS yang tiba-tiba hilang. Selain simpati aku jadi pelik. Aku pernah naik kapal terbang tapi tak pernah duduk dekat kokpit apatah lagi bawak kapal terbang tu jadi aku kira tak la bodoh sangat bab kapal terbang (ketawa). Aku hari-hari follow cerita pasal MH370 ni.
Bila hari-hari aku follow cerita MH370 ni baru aku tau yang rakyat Malaysia ni semua bijak. Ramai pakar politik, pakar taktikal ketenteraan, pakar mengesan perisik, penulis buku teori konspirasi,, pakar enjin kapal terbang dan macam-macam jenis kepakaran lagi. Baru siang tadi aku dengar sorang pakcik ni punya teori. Terrorist katanya. Siap ada sebut tarikh dan nama orang putih mana entah. Nama pusat penyelidikan dalam bahasa inggeris pun dia ada sebut tadi. Aku mula kagum dengan pakcik ni. Siapa dia ni? Padahal hari-hari dari pagi sampai ke maghrib lepak main dam haji kat kedai abang Kelantan ni. Malam pula sambung main dam haji kat gerai burger abang Honda. Jadi aku buat kesimpulan pakcik tu ialah pemikir yang ulung. Kira dia genius la.
Kat laman-laman sosial pun ramai pakar. Disebabkan terlalu ramai aku terpaksa scroll timeline laju-laju sikit.
Yang tiba-tiba jadi kelakar pun ada. Tiba-tiba je berbakat buat lawak. Hebat-hebat orang kita ni.
Aku pelik kenapa aku tak tau langsung tentang apa yang diorang cakap tu. Macam mana diorang dapat ilmu tu. Aku rasa minda aku tak terbuka kalau asyik lepak Haji Tapah dekat rumah aku ni. Elok esok aku pergi Haji Tapah yang baru buka kat kedai depan sana. Mungkin aku boleh update apa yang aku fikir pulak esok.
Tapi apa pun, elok la kita terus berdoa. Minta permudahkan lah urusan. #DoaUntukMH370 # PrayForMH370
Thursday, 6 March 2014
Kisah Hanez Suraya
Ada la sorang dua kawan-kawan aku suruh aku tulis entry pasal Hanez Suraya yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.
Hanez Suraya. Tamat.
Hanez Suraya. Tamat.
Walking With Dinosaur
Dulu sekitar tahun 2001 atau 2002 ada rancangan kat TV tajuk dia Walking With Dinosaur. Sebenarnya dokumentari tentang dinosaur. Tapi aku bukan nak cerita pasal rancangan TV tu tapi pasal sejenis hukuman masa aku sekolah dulu yang yang juga dinamakan Walking With Dinosaur.
Aku masa tingkatan 4 sampai tingkatan 5 masuk sekolah teknik aliran vokasional. Aku ambil elektrik. Kelas aku ni semua lelaki. Tapi masa matapelajaran akademik kitorang campur dengan kelas elektronik. Jadi ada la 6 orang gadis untuk kitorang kenyit-kenyit mata. Kalau masa bengkel semua jantan! Huh!
Cikgu-cikgu bengkel aku ni semua jenis yang kelakar ganas. K.E.L.A.K.A.R G.A.N.A.S!
Aku masa tingkatan 4 sampai tingkatan 5 masuk sekolah teknik aliran vokasional. Aku ambil elektrik. Kelas aku ni semua lelaki. Tapi masa matapelajaran akademik kitorang campur dengan kelas elektronik. Jadi ada la 6 orang gadis untuk kitorang kenyit-kenyit mata. Kalau masa bengkel semua jantan! Huh!
Cikgu-cikgu bengkel aku ni semua jenis yang kelakar ganas. K.E.L.A.K.A.R G.A.N.A.S!
Blok akademik ke bengkel kalau jalan kaki ambil masa jugak dalam 2-3 minit. Cikgu bengkel kitorang bagi kitorang masa 5 minit je untuk sampai ke bengkel lepas habis kelas akademik. Sebenarnya boleh je sampai awal tapi perangai budak-budak kelas aku ni aneh. Ada ke main tolak-tolak orang masuk dalam pokok bunga kertas. Tu belum kira main tolak-tolak kat tangga, tackle kaki orang dari belakang, main lawan-lawan pedang guna t-square, sorok baju bengkel kawan dan macam lagi benda aneh yang kitorang buat. Lagi-lagi ada sorang classmate aku yang bernama Tomok. Dia ni kira mewakili 1/3 kejahatan dalam kelas aku. Langsung tak comel macam Tomok Newboyz perangai dia. Kesimpulan dia setiap kali bengkel kitorang akan sampai lambat disebabkan benda-benda aneh yang terjadi.
Bila sampai kat bengkel, cikgu dah tunggu. Hukuman Walking With Dinasaur akan dijalankan. Kalau mood dia tak ok, dia wrestling la sorang dua dulu sebelum mulakan hukuman.
Walking With Dinasaur:
- Kitorang akan beratur dalam keadaan merangkak.
- Depan sekali ialah ibu dinasaur. Ada sorang classmate aku yang digelar Big Show dilantik sebagai ibu dinasaur sebab saiz badan dia yang dah macam bapak orang.
- Kitorang akan merangkak dalam barisan mengelilingi padang rumput yang lebih kurang bersaiz dua kali gelanggang badminton. Padang bererti panas. Waktu bengkel biasanya pukul 11 pagi.
- Cikgu akan duduk tenang di bawah teduhan atap zink bengkel sambil memegang penyapu (berfungsi sebagai senapang)
- Dari kejauhan cikgu akan tembak "pang! Pang! Pang!".
- Kitorang kena agak-agak sendiri siapa yang kena tembak berdasarkan arah muncung penyapu.
- Jika rasa diri sendiri yang kena tembak maka boleh lah baring atas rumput (pura-pura mati). Jika bukan cikgu akan suruh bangun balik dan suruh siapa yang sepatutnya dia tembak baring (pura-pura mati).
- Hukuman ni biasa akan berlangsung sekitar 10-15 minit bergantung kepada mood cikgu.
Aku ingat budak-budak kelas aku dah cukup aneh tapi rupa-rupanya cikgu aku lagi aneh. Tapi mesti la cikgu lagi aneh dari murid-murid sebab tu la dia jadi cikgu. Nasib baik la kitorang semua sekarang ni tak aneh sangat macam tu.
Tapi semua tu tinggal kenangan. Kitorang semua tak pernah simpan dendam dengan cikgu sebab kitorang tau cikgu nak ajar kitorang jadi orang. Sebenarnya banyak lagi jenis hukuman yang ada dan semua aneh-aneh belaka. Nanti la aku cerita.
P/s: Depan aku ada roti tampal Haji Tapah.
Wednesday, 5 March 2014
Rotan Dan Kenangan
"Kau la ni. Tak cover line. Tak pasal-pasal kantoi. Ni kalau mak aku tau aku hisap rokok mati aku ni" - Budin, 2001 (masa tengah tunggu turn nak kena sebat depan bilik guru disiplin)
Tu salah satu contoh ayat yang selalu jugak aku dengar masa sekolah dulu. Dulu bila masuk je kawasan sekolah automatik makhluk yang paling aku takut ialah guru disiplin. Dari sekolah rendah sampailah SPM memang aku takut guru disiplin. Ni aku nak cerita sikit kat korang pasal guru disiplin masa aku sekolah dulu.
1. Cikgu Jeffri a.k.a Cikgu Jep (darjah satu - darjah enam)
Kau tak perasan aku takutkan mu dari dulu lagi,
Kau sebat punggungku dari darjah satu, darjah satu
- Mat Andam -
Dari darjah satu lagi memang aku goyang dengan cikgu ni. Nampak muka dia pun dah buat aku berkira-kira aku ada buat salah apa-apa kat sekolah ke hari tu. Cikgu ni merangkap cikgu pengakap kat sekolah aku masa tu. Disebabkan pengakap merupakan badan beruniform yang paling hot pada masa tu selain dari Pandu Puteri jadi aku pun join la pengakap. Darjah 4 baru aku tau cikgu ni tak la seganas yang aku sangkakan. Tu pun lepas cikgu ni belanja air tin lepas tolong dia buat sesuatu (tak ingat apa. Angkat kayu api untuk perkhemahan pengakap kalau tak silap). Sejak dari tu kalau hari tu aku confirm tak buat salah takde la aku cuak kalau nampak cikgu ni. Siap boleh tegur cikgu ni lagi. Lagipun masa darjah 4 aku dah dilantik sebagai pengawas jadi makin rapatlah ukhwah aku dengan cikgu ni. Sehinggalah pada satu hari masa aku darjah 5 cikgu ni panggil aku dan aku malas nak sambung cerita (sebelum tu aku buat salah dengan seorang cikgu perempuan dan 2 minggu lepas tu aku pakai baju putih pergi sekolah)
2. Cikgu Bob a.k.a Cikgu Zul (tingkatan satu - tingkatan dua)
Bila tengok je cikgu ni terus aku rasa cikgu disiplin masa sekolah rendah langsung tak garang. Memang brutal habis la. Selalu je aku tengok orang kena sebat. Bilik cikgu tu pun dah ngeri kalau pandang lama-lama apatah lagi nak bertentang mata dengan dia. Aku ni kalau nak cakap jahat tu tak la, tapi mustahil la nak cakap baik. Aku dengan cikgu ni tak banyak kisah sangat sebab aku berjaya melepasi era cikgu ni dengan jayanya tanpa sebarang sebatan. Kalau tak silap pernah kena cubit/tarik telinga sebab tak pakai stokin pergi sekolah. Kalau tak silap la.
3. Cikgu Jem a.k.a Cikgu Jamaludin (tingkatan tiga)
Cikgu ni kalau dia senyum dengan aku pun aku boleh goyang. Cikgu ni buat kedua-dua cikgu displin aku sebelum tu nampak manja. Tu je aku nak cerita selain aku pernah kena sebat sebab ada buat salah.
4. Arwah Cikgu Aziron (tingkatan empat - tingkatan 5)
Masa ni aku dah pindah sekolah teknik. Sekolah yang aku masuk ni aku rasa 70% ialah lelaki. Jadi kebarangkalian untuk bersikap baik tu adalah kurang. Dapat-dapat kelas aku ada 6 orang je perempuan dari 50 orang (kalau tak silap) memang perangai malas nak cakap la. Pernah kawan aku balik rumah tengok dalam beg bukan ada buku tapi ada 2 ketul batu-bata. Tak ke bala perangai. Tapi aku baik. Ok, Cikgu Aziron ni memang garang. Tak cukup muka, suara pun dah ganas. Garau-garau macam tu. Dengan cikgu ni aku rasa aku paling banyak "kenangan". Tapi 2-3 tahun lepas dapat berita cikgu ni dah meninggal dunia. Al-fatihah untuk Cikgu Aziron.
Sebenarnya macam-macam aku nak cerita pasal cikgu-cikgu disiplin aku ni tapi sampai ke sudah takkan habis (lagipun aku mana boleh cerita perangai buruk aku semua). Tapi aku tak pernah simpan dendam dengan cikgu-cikgu ni. Kalau marah pun 2-3 hari je. Nampak cikgu tu umpat-umpat tapi bila cikgu tu pandang terus tunduk pandang kasut. Tak pun rancang nak calarkan kereta cikgu tu ataupun letak gula Hacks kat cermin dia. Bila sampai masa nak laksanakan semua takut. A suruh B, B suruh C, C suruh A last-last pergi kantin minum air sirap. Risiko pun rendah. Bila dah besar macam ni, kenang balik zaman-zaman sekolah dulu cikgu disiplin tu bukan suka sangat nak pukul orang sebenarnya. Dia nak ajar orang supaya jadi orang sebenarnya.
Tapi tengok zaman sekarang dekat surat khabar, dekat laman sosial banyak kisah cikgu kena pukul dengan murid, ibubapa saman cikgu sebab pukul anak mereka dan macam-macam lagi la. Satu je la yang budak-budak sekolah sekarang ni rugi ialah lagi 10 tahun, bila korang jumpa kawan-kawan sekolah lama, korang takde benda yang menarik nak cerita. Takde kisah Ali kena kejar dengan Cikgu Husin masa ponteng kelas, Hasan kena denda berdiri atas kerusi tengah padang sebab kacau Aminah. Semua tu takde. Pengalaman korang bersekolah tu sangatlah bosan. Macam aku dah berbelas tahun tinggalkan zaman sekolah tapi bila jumpa kawan-kawan sekolah masih banyak lagi perkara yang kami boleh ceritakan dan gelak sampai keluar air mata (dalam sesetengah keadaan sampai tak cukup nafas nak gelak dan secara automatik bunyi khinzir pun keluar akibat nak tarik nafas cepat-cepat).
p/s: Sorry tajuk entry ni deep sangat. Memang gua tengah feeling-feeling deep sekarang (poyo).
Monday, 3 March 2014
Lampu Signal
Korang perasan tak ramai orang yang tak suka bagi signal bila masuk simpang etc? Tak kisah la motor ke kereta ke. Benda-benda macam ni sebenarnya tak boleh salahkan pemandu/penunggang tu. Masuk simpang bagi signal mana cool weh!
Jadi, pengeluar lampu signal kena alert la benda-benda macam ni. Kira masalah pengguna dah ni. Sedar la lampu signal yang korang keluarkan tu tak cool. Tak hipster. Tak gaya.
Apakata pengeluar-pengeluar lampu signal ni buat collaboration dengan jenama-jenama yang terkenal macam Gucci ke, Prada ke, LV ke, Levis ke, Burger King ke, Haji Tapah ke. Boleh jugak berkolobrasi dengan jenama-jenama streetwear dari dalam dan luar negara macam HUF, SSUR, The Kliker, Invation Apparel dan banyak lagi la untuk menarik minat warga muda sekarang. Sekarang tengah "in" benda-benda streetwear ni.
Bayangkan kalau lampu signal korang ialah jenama LV. Mahal kan? Mesti korang tak sabar nak nyalakan lampu signal korang. Bila signal menyala je terus orang belakang cakap "Kaya siot orang depan ni. Pakai Datsun lama je tapi signal LV". Tak pun saje-saje je korang pasang Hazard Lamp supaya lampu tu senantiasa berkelipan sepanjang perjalanan korang kan.
Tapi bila fikir-fikir balik susah jugak idea aku ni. Masalah-masalah yang akan timbul:-
- Kos repair lampu signal yang tinggi. Kata la sebenarnya gaji bulanan korang tu tak la mampu sangat nak pasang lampu signal jenama Gucci tapi nak gaya punya pasal korang lelap mata la tukar (masa bonus). Selang 5 bulan pakai, lampu signal Gucci korang rosak. Sepanjang 5 bulan tu dah banyak pujian korang teria dari rakan-rakan korang. Takkan kali ni korang nak tukar yang murah punya. Jadi kat sini akan ada banyak konflik yang timbul. Silap-silap kadar jenayah membabitkan kecurian lampu signal akan meningkat.
- Masa perjalanan akan jadi lebih lama. Contoh korang tengah memandu kat Bukit Bintang. Lampu signal korang adalah dari jenama mewah. Dah la mewah, edisi terhad pulak tu. Sepatutnya masa perjalanan korang tu (campur dengan traffic jam) lebih kurang 10 minit la. Tengah korang memandu ada la awek cun kat tepi simpang tengah nak melintas jalan. Ni la masa korang nak tunjuk signal mahal dan edisi terhad korang tu. Jadi korang pun pasang signal padahal korang nak jalan terus. Tapi kalau korang jalan terus mesti awek tu ingat korang nak menunjuk je. Ini tak cool. Jadi korang pun masuk la simpang tu. Dah jadi lambat. Tu kalau sorang awek, kalau ada 4-5 orang awek korang nampak silap-silap 10 minit tu dah jadi sejam.
- Pihak berkuasa terpaksa mewujudkan akta yang melarang penggunaan lampu signal sesuka hati. Contoh macam nak berlagak dengan awek tu la. Nak terus tapi bagi signal tapi tak masuk pun simpang tu. Jalan depan sikit dah ade polis trafik tunggu. Last-last polis tu cakap "gua saman lu maksimum" (macam gaya video Shahnaz yang tengah hit sekarang ni). Dah melayang duit gaji korang. Lepas tu mula la memberontak tulis macam-macam dalam akaun media sosial korang salahkan kerajaan.
Sebenarnya banyak lagi keburukkan yang aku fikir pasal idea aku ni. Kalau banyak sangat maknanya idea aku ni tak best la. Mungkin korang ada idea yang lagi best kan? Aku kadang-kadang tension jugak bila kereta depan tiba-tiba belok tapi tak bagi signal. Terperanjat la aku kan. Bila dan terperanjat aku pun tulis la blog. Kalau tulis blog aku share kat laman sosial aku. Bila aku share takut-takut ada je orang klik dan baca. Bila orang baca nanti orang tension pulak baca entah apa yang aku merapu.
Ok lah. Aku nak pergi Haji Tapah. Kari dia sedap weh!
Sunday, 2 March 2014
Layan Cerita Seram
"Aku paling menyampah kalau cerita hantu main tarik-tarik pintu ke ape ke. Seram tau tak!!" - Tanpa Nama, 2012
Malam tadi saje-saje je tengok TV. Aku kalau on je TV terus layan channel movie dulu. Sekali ade la filem Sinister. Tengok sinopsis macam best je. Lagipun cerita tu baru je mula jadi aku ambil keputusan nak layan la.
Cerita dia lebih kurang macam ni la. Ada seorang mamat ni. Dia ni penulis buku. Buku sebelum ni yang dia tulis judul dia Kentucky Blood. Cerita pasal pembunuhan. Buku tu dapat best seller. So mamat ni decide untuk tulis satu lagi buku pasal pembunuhan ni. Dia buat la research pasal pembunuhan tu. Mamat ni kira nak tulis satu lagi buku best seller lepas tu nak pencen. Dia siap pindah bawa keluarga dia kat rumah keluarga yang kena bunuh tu. Gila mamat ni. Nak dijadikan cerita mamat ni jumpa film reel. Dia pun tengok la film tu. Rupa-rupanya film tu adalah recording pembunuhan family tu. Kira pembunuh tu yang record la. Sejak dari tu dah start dah bunyi pelik-pelik. Anak lelaki dia pun dah start kena kacau.
"Asyik kena karen je tak biol ke otak diorang ni? Aku syak tipu je kena karen tu. Bunyi je lebih". Ah tutup TV la. Ada ke nak layan Betul Ke Bohong?. Baik aku buat keje.
Nota kaki: Kalau penakut jangan tengok cerita seram. Tengok la Telenovela. Sekian
Wednesday, 29 January 2014
Survive
Tajuk nak bahasa inggeris je kan.
Lama dah tak usik blog ni. Dua minggu lepas aku sakit. Pada zahirnya aku demam je tapi aku rasa sakit sangat. Semangat pun hilang. Ngeri kalau nak ingat balik.
Benda baik lepas aku sembuh ialah aki dah mula minum air kosong.
Dalam negatif mesti ada positif walaupun sebesar dedak ayam halus. Kan?
Friday, 10 January 2014
Kejadian Di Lampu Isyarat
Sebiji kereta mewah keluaran BMW yang berharga setengah juta ringgit berhenti di lampu isyarat. Di sebelahnya pula terdapat sebiji kereta kompak nasional yang pertama yang cuba diubah menjadi model keluaran domestik jepun.
Pemandu kereta BMW itu memandang ke dalam perut kereta Kancil itu dengan sayu sambil bermonolog "aku pandu kereta mewah tapi kenapa awek kau lagi hot?". Di sebelah beliau seorang wanita yang beliau panggil Baby sedang menuturkan sesuatu dalam bahasa Inggeris dengan lenggok bahasa persis filem White Chicks. Pada pengamatan aku awek tu agak berhangin sebab balak dia driver kereta BMW tu tak nak singgah kedai LV kat depan Pavilion tadi. Gila nak singgah sana bila kad kredit dah limit.
Aku dengan pantas mencelah dalam monolog pemandu kereta BMW tu "bro, awek sekarang tak pandang kereta besar bro. Lu tengok kereta dia warna pink siap ada sticker Hello Kitty. Lagipun lawak kumpulan Jambu tengah in sekarang". Pemandu BMW terus terpinga-pinga.
Apa yang aku cuba tekankah ialah aku afa kuasa psikik weh! Gila cool!
Subscribe to:
Posts (Atom)