Tuesday, 24 September 2013

Sebuah Pengabdian

Usah kata mereka tua! Mereka itu hanya banyak pengalaman dan banyak usia.
Usah kata mereka nyanyuk! Mereka takut hilang fungsi dan dikata tidak berguna oleh anak yang mangkuk.
Usah kata kerana mereka hidup kamu rumit! Tangan mereka yang suap dodoikan dari kamu kenit hingga genit.
Usah kata mereka busuk! Bersyukurlah kamu jadi anak mereka dan bukan anak beruk.
Usah kata mereka itu merimaskan! Tahukah kau mereka itu gelisah bila tak nampak anak-anak kesayangan. Hati mereka tak tenang. Tidur tak lena, tak kenyang makan.
Hari ini kamu muda, nanti hari kamu tua. Hari ini kamu seperti kamu, pasti nanti kamu juga seperti mereka.
Pada yang derhaka pulanglah pohon kemaafan. Pada yang tidak derhaka pulanglah pohon keberkatan.
Bonda sisir rambut anakanda. Bonda goreng karipap kentang. Bonda jahit seluar koyak di kankang. Bonda selimutkan anakanda yang demam. Lembut bonda anakanda rindu. Anakanda yang sekarang adalah kerna lembut bonda.
Ayahanda keras. Keras itu juga anakanda rindu. Keras ayahanda dulu anakanda benci tapi sekarang anakanda cari. Keras ayahanda keras mendidik. Ayahanda mahu anakanda jadi terbaik. Anakanda gagal ijazah harapan tapi anakanda tebus dengan ijazah jalanan. Pedih rotan ayahanda anakanda bawa. Pedih itu mencipta sempadan. Sempadan nafsu dan sempadan iman. Terima kasih ayahanda berikan pedih untuk anakanda. Pedih itu hilang pedihnya. Pedih itu manis rasanya.
Tidak anakanda kaya harta tapi anakanda kaya jiwa. Tidak ayahbonda bekalkan berlian tapi ayahbonda bekalkan pedoman.
Kini anakanda menjadi ayahanda. Baru anakanda rasa pedih dan manis. Ampunkan anakanda lewat memahami. Anakanda sudah mampu berdikari.

Monday, 23 September 2013

Hari Ahad Yang Bangang

Hari ni hari ahad. Mike cuti hari ni tapi dia malas nak keluar.
"Baik aku tengok Melodi. Baru la aku up to date dunia hiburan ni" Mike cakap dengan TV.
Tiba-tiba Mike lapar. Dia pergi dapur cari kot-kot ada makanan.
"Gampang Elvis. Kosong peti ais aku. Satu habuk pun takde. Dia balik memang aku sound.
Walaupun Mike lapar tapi dia tetap tegas dengan pendirian tak nak keluar rumah.
Mike sambung tengok TV. Kejap lagi dah nak start Melodi.
Melodi dah start! Mike sambung layan twitter. Seperti biasa kandungan Melodi ialah buka aib orang, pecah belahkan orang, dedah sana dedah sini dan cakap-cakap orang jahil.
Sedang Mike scroll-scroll timeline twitter tiba-tiba pintu terkuak. Elvis masuk dengan plastik berisi nasi lauk kari kambing kedai mamak depan.
"Kau tapau untuk aku ke bang?" Mike bertanya.
"Laaa, aku ingat kau keluar. Aku tapau untuk aku je" Elvis jawab dengan serius.
"Aku nak sikit boleh bang? Aku lapar gila ni." Kata Mike muka seposen.
"Kau nampak saiz baju aku ni. Lengan aku ni je dah besar badan kau. Ingat cukup makanan ni? Kalau kau malas nak keluar nah guna handphone aku ni call drivethru" kata Elvis dan terus berlalu ke dapur.
Drivethru ke delivery?

Dikelilingi Poyo

Aku bersandar kat satu sudut jauh sikit dari orang. PENING!
Bau-bau minyak wangi korang buat aku pening.
Biar aku kat sini. Perimeter untuk aku kerana aku rimas!
Semua tipu, semua plastik. Pergi jahanam semua!
Masih bersandar dalam keterpaksaan.
Biar aku dekat sini. Dunia aku di luar sana. Di jalanan, di kerusi keras kedai mamak.
JAHANAM KALIAN!

Thursday, 19 September 2013

Cerita Mungkin Duck Face

Tadi aku minum nescafe sambil layan facebook. Aku ni boleh kira addict dengan caffeine. Apa benda yang ada caffeine mesti aku telan. Kalau cuka tu korang letak caffeine pun dah tentu..eh tak tak. Aku takkan minum.
Masa aku tengah scroll-scroll newsfeed aku, aku nampak status ade sorang budak ni. Status dia lebih kurang macam ni
"Lantarq aq larh nk ckp bm kew omputih kew.kalo ko rasew power sgt ckp omputih ko ckp larh.aq syg bahasa aq.so aku ckp bahasa melayu"
Bangga aku ada remaja MELAYU kat malaysia yang macam ni. Sayang bahasa ibunda.
*adik-adik yang expert bahasa di atas kalau grammar atau spelling abang salah tolont tegur.

Wednesday, 18 September 2013

Cerita Masa Aku Tengah Tunggu Seluar Alter

Aku pandang bawah, aku tengok cermin.
Pagi-pagi lagi aku dah terpacak kat Alamanda ni. Kedai pun belum buka. Saje aku nak cari seluar kerja aku. Aku ni kerja tangkap gambar orang kahwin jadi kena la menyemart sikit.
Tadi aku masuk Uniqlo. Belek-belek seluar skinny. Tengok harga mahal gak. Seratus lebih. Aku budget dalam RM20 ke RM25 je (boleh?). Tapi nak smart punya pasal aku capai la satu. Saiz 88. Apa gampang orang Jepun buat seluar besar lahanat ni? Aku pun pergi fitting room. Akak jaga fitting room tu jerit "welcome to Uniqlo" kuat-kuat kat aku. Relax la kak. Aku tapak muka tu kuat-kuat kang. Tapi aku tak tapak muka akak tu sebab nanti dia nak tolong ukur seluar untuk alteration.
Masuk dalam fitting room aku cuba la. Aku tengok cermin gila kacak aku. Aku try la zip. Kalau dah zip mesti lagi kacak. Gampang tak muat. Selalu aku beli saiz 36 dah cun dah. Apa lahanat saiz 88 tak muat? Tapi aku tenang. Aku bagi balik seluar kat akak yang jaga kaunter fitting room tu sambil tangan sebelah ready nak tinju muka dia kalau dia jerit. Tapi kali ni akak tu cool. Dia senyum je. Dia selamat, aku pun selamat. Ye la kalau aku tinju muka dia dah tentu kawan-kawan Uniqlo dia rumble aku dalam fitting room ni. Pastu dah tentu pak guard nepal tu pulak rumble aku. Ok stop cerita ganas.
Aku pergi kat rak seluar balik. Aku tengok warna coklat boleh tahan smart. Aku check saiz kot-kot ada saiz 91. Saiz yang paling besar kat Uniqlo ni ialah saiz 91 (dan aku cuma boleh pakai saiz 91. Macam bab). Cari punya cari punya cari aku nampak la sehelai. Grey (orang cakap kelabu taik anjing). Boleh la dari takde. Lepas akak fitting room tu ukur seluar aku pun pergi bayar kat kaunter. Sekarang ni aku tengah tunggu seluar aku siap alter. Aku lepak dalam kereta sambil check-check perut aku. Aku tekan-tekan perut aku sambil cakap "kau naik sikit lagi kau siap!"
Ok aku nak pergi tengok seluar aku dah siap ke belum.

Tuesday, 10 September 2013

Cerita David Teoh

"Hai, nama saya Erika. Saya ada berlakon dalam filem ni." Kata sorang budak perempuan kain tak cukup sambil hulur tangan kat aku. Aku sambut dan senyum nipis. Sorry la dik, aku bukan in sangat dengan benda-benda ni semua. Aku cuma buat kerja nak dapat duit. Tolong biarkan aku dan datang bila aku panggil.
Lagenda Budak Hostel. Apa la yang budak hostel tu buat sampai boleh jadi lagenda. Dia campak kawan dia dari tingkat 5 asrama ke? Dia siku muka cikgu disiplin dia ke? Ke dia mengorat cikgu kaunseling sampai cikgu tu belanja dia tengok wayang?
Aku duduk sandar lesu kat kerusi tak berapa nak empuk ni. Berfikir tentang bagaimana aku boleh terjebak dengan dunia hiburan dan bagaimana aku dapat tahu yang dunia hiburan ni semua plastik.
JUST LEAVE ME ALONE!
Tak perlu korang datang nak buat PR dengan aku. Dan tolong cakap melayu sebab sini semua melayu dan ni preview filem melayu. Come on!
Aku merapu sebab aku boring. Aku nak makan. Paling aku suka pergi preview filem ni ialah makanan banyak.
Ok bye.

Friday, 6 September 2013

Nasi Putih, Ayam Goreng, Telur Rebus, Kari Campur dan Nescafe O Ais

Tang tang tang tang!
Bunyi sudip berlaga dengan kuali. Bukan main eksyen gaya mamak ni goreng nasi. Yang tengah tarik teh penyebab diabetes tu pun boleh tahan eksyen dia.
Ah! Lantak la. Aku pergi sini ada misi. Sekumpulan remaja bawah umur tengah gelak besar dengar cerita kawannya jatuh motor. Diorang ni tak tau ke jatuh motor tu sakit. Dulu masa aku jatuh motor lepas wheely tak menjadi bukan main pedih lutut aku tergesel dengan jalan. Tapi pedih lagi birat belakang aku kena sesah dengan bapak aku lepas dapat tau aku jatuh lepas lumba haram.
Mamak kat kaunter bermuka tenang. Kerja senang muka pun tenang la. Dia pandang aku, aku angkat kening.
Baik aku cari tempat duduk. Kira tak manis rupanya aku berdiri sampai 5 minit pandang-pandang orang. Mamak yang hantar order tadi pun dah dua kali minta izin nak lalu depan aku. Kali ketiga dia terus langgar je. Nasib baik aku ada misi. Kalau aku tibai muka mamak tu misi aku confirm gagal.
Aku cari port dekat dengan tempat basuh tangan. Atas meja ada lagi pinggan dengan cawan pelanggan sebelum aku. Roti telur, milo ais. Confirm! Aku pandang sorang mamak yang tengah tengok handphone dia. Mamak tu pandang balik. Aku tunjuk pinggan dengan cawan tu tanpa perasaan. Mamak tu mengangguk tanda faham. Mamak tu senyum dan mengecilkan sedikit mata dia masa tengah clear kan meja aku. Aku seram dan bakar rokok.
Aku betul-betul tak faham kenapa orang suka sangat makan kat kedai mamak ni. Pagi, petang, siang, malam penuh. Nak kata awek cun yang ambil order tak jugak. Melentik misai mamak tu jauh sekali untuk dipanggil cun. Kalau panggil macho bolehlah (kot). Tak mungkin pakai pawang sebab tak pernah pula aku tengok cerita tamil ada scene pawang ni.
Tiba-tiba mamak yang duduk dekat tempat ambil lauk tu tanya aku "Macam biasa ka bos?". Aku angguk je. Lima minit lepas tu nasi putih, ayam goreng, telur rebus, kari campur dengan nescafe O ais terhidang kat depan aku.
- Mission Accomplished -

Tuesday, 3 September 2013

Cerita Merdeka

Malam ini luar biasa. Dimana-mana ada manusia. Ada yang sibuk menguji kepantasan motosikalnya. Yang di hospital kerajaan sedang mengira katil untuk bakal pesakit. Mungkin katil di hujung sana untuk peminum todi yang terhumban ke longkang. Si jantan memegang lembut tangan si dara yang dikenali di laman sosial dengan hati yang rakus. Penyokong radikal parti politik mungkin sedang mengintip kelemahan yang mungkin pihak lawan tunjukkan di negeri jajahan masing-masing. Mungkin sebagai modal pilihanraya laman sosial. Nun di hujung kampung sekumpulan pemuda berkain pelikat berbaju melayu baru selesai kenduri kesyukuran. Seperti biasa bilangannya sedikit. Yang berhimpit melihat percikkan api di langit, tersentuh bukan muhrim tidak mengapa asalkan jiwa merdeka. Yang baru balik kerja cadangnya tidur selepas mandi. Mungkin dingin air boleh sejukkan hati yang terbakar sebab terlibat dalam kesesakkan lalu lintas. Yang kaya dengan cara kaya, yang sederhana cuba berlagak kaya. Gelandangan bagai masih duduk diam memandang kehidupan dengan baju koyak rabak dan jiwa yang bebas. Udin dan Zahar baru berhabis duit pinjaman peribadi petang tadi. Tukar pembesar suara yang berharga sebulan gajinya. Kereta nasional mereka harus ditayangkan malam ini jika tidak rugi gaji dipotong sepuluh tahun. Beribu cara sambutan. Anda bagaimana? Selamat hari merdeka.


Nota Kaki: Aku baru buat blog ni hari ni tapi aku tulis ni pada malam merdeka.