Wednesday, 23 October 2013

Kupi Power Rangers (Part 1)

Malam tadi den poie Seghomban. Den minum kopi kek satu kodai ni. Kopi tu diberi namo Kopi Power. Kebetulan memang nak jumpo kawan den kek situ. Den ngan kengkawan den mengambil keputusan untuk mencubo Kopi Power yang sering diperkatokan tentang kehebatan eh.

Memang pokat kopi tu. Melokek kek tokak raso eh. Acik tuan kodai tu siap cakap lopeh abih minum kopi tu minum air kosong sekurang-kurang eh duo gelas.

Malam tu den dengan kengkawan den berborak la kisah dunia. Daripado kisah kereto Viva, makan durian, lensa DSLR yang panjang, mengambil gambar orang main golf sehinggaloh ke kisah keruntuhan akhlak remaja maso kini. Abih selosai minum kopi tu kengkawan den semuo minum air kosong tapi tidak den. Den pantang sikit minum air kosong ni sobab dulu ado menuntut (alasan).

Maso dalam perjalanan balik den raso kepalo den paneh. Hidung pula raso sompit. Dalam kepalo den raso padat. Den saspen lantas den bakar rokok dan memandu ikut irama lagu yang diputarkan oleh radio kontemporari.

Sampai rumah den sambung buek kojo den iaitu melakukan post-processing gambar-gambar perkahwinan yang den ambil dan mereka letak susunan gambar untuk dihantar ke kedai percetakkan untuk dijadikan album. Den pun buek la kojo sampai ke pagi. Sekitar jam 7 pagi den mengambil keputusan untuk tidur.

Lebih kurang 10.30 pagi tibo-tibo telefon pintar den berbunyi tando ado panggilan masuk. Dalam keadaan mamai den nampak namo "Mak" tertera kek skrin telefon pintar den. Baru den nak slide untuk menjawab panggilan tersebut deringan pun tamat. Den dail semulo tapi tiado jawapan. Akibat terlalu mengantuk den pun kembali tertidur.

Maso den bangun dari tidur den menggeliat akibat tahap kenyenyakkan tidur den yang memadai. Den mendepangkan tangan sekitar 90-120 darjah dan menggepal penumbuk. Tibo-tibo penumbuk sebolah kanan terkono dinding dan bunyi bising seakan bunyi letupan kedengaran kek luar. Den saspen lagi (kali ni lagi saspen dari saspen malam tadi maso tengah memandu). Den meninjau ke luar melalui tingkap bilik. Blok di sebolah runtuh menyembah bumi. Den saspen laie (ni yang paling saspen sekali). Den segera berpakaian sopan dan berlari ke luar. Tidak logik kalau bangunan tu runtuhan akibat kuasa yang dikeluarkan oleh penumbuk den sobab den tertumbuk dinding bilik den. Kalau ikut logik eh dinding bilik den la yang patut runtuh bukan bangunan sebolah. 

Maso den tongah kunci pintu rumah tibo-tibo ado orang menyapo den dari belakang. Den segera menoleh dalam keadaan bersedio kalau orang itu ingin menyerangkan den dengan apo-apo jurus sekalipun. Bilo den toleh den sedikit tenang. Beliau dari Gedex dan ingin menghantar parcel. Selepas menandatangani kertas yang beliau suruh tandatangan den pun kembali berlari ke luar.

Tiba-tiba...... (bersambung)

Monday, 14 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari dah 18 hari abang aku kena tahan wad. Dah 15 hari aku tak dengar suara abang aku.
Pengorbanan sangat sinonim dengan Hari Raya Aidiladha. Kadang-kadang aku terfikir apa yang aku korbankan?

Masih Belum Hipster

Errrr tak nak tulis apa-apa nanti kena serang.

Wednesday, 9 October 2013

Tuesday, 8 October 2013

Macam Biasa

Bangun tidur aku menghadap komputer. Aku clean up benda-benda yang dah rosak dari komputer aku ni. Lama aku tak clean up komputer aku banyak gila benda "mati" dalam ni. Patut la berat.
Dalam hidup juga patut begitu.

Rockstar Aku

"Orang yang suka ketawa dan jarang serius adalah orang yang cuba menyembunyikan masalah atau kesedihan hatinya"

Aku tak ingat aku baca kat mana tapi lebih kurang macam tu la bunyi ayat tu. Tapi bila fikir-fikir betul juga. Aku sendiri la kalau tengok orang yang kelakar mesti ingat orang tu hidup dia gembira je. Tapi tak siapa tau apa yang dia cuba sembunyikan.

Abang aku dah lebih 10 hari kena tahan ICU. Mula-mula kena tahan dekat hospital swasta. Lepas 6 hari hospital swasta tu cakap dah tak boleh nak rawat abang aku lagi jadi diorang pindahkan abang aku ke hospital kerajaan. Doktor cakap abang aku kena denggi tahap tertinggi. Lagi teruk dari denggi berdarah. Tak dapat aku nak cakap macam mana perasaan aku sebagai seorang adik masa tu. Dalam menangis, jauh dalam satu sudut hati aku berkata abang aku akan sihat seperti biasa.

Abang aku ni kembar. Dulu dua-dua ni rock kapak. Kalau korang tengok filem Mamat Khalid yang tajuk dia Rock macam tu la pakaian abang-abang aku ni dulu. Seluar jeans ketat dengan t-shirt Loudness. Aku masa tu kecik lagi. Baru nak belajar bawa basikal roda dua masa tu.

Tarikh lahir kitorang dekat-dekat. Aku 26 Januari, diorang 29 Januari. Masa umur aku genap 7 tahun (kalau tak silap) mak buat jamuan sempena harijadi aku kat rumah. Panggil la kawan-kawan semua datang makan. Menu macam biasa la mee goreng, kacang cap tangan, air sirap, karipap, lengkong (agar-agar) dan yang seangkatan. Tapi masa tu seronok. Semua geng main petang-petang aku ajak.

Lepas asar semua datang. Aku dah siap pakai baju cantik. Baju kena ada kolar baru la birthday boy. Bedak kat muka jangan cakap. Pelakon opera cina pun topup bedak kalau nampak muka aku masa tu. Makin lama makin ramai yang datang. Aku tunggu lagi. Dah ramai baru meriah nak potong kek.

Aku kira ada la dalam 12 orang kawan-kawan aku yang datang. Semua muka rakus nak makan kek aku je. Sebagai birthday boy aku kena cool. Diorang pun mula la nyanyi-nyanyi lagu selamat hari jadi tu. Walaupun dah berapa kali sambut birthday, tapi part orang nyanyi-nyanyi sebelum potong kek ni mesti aku jadi gelabah. Tiba-tiba je gemuruh. Tapi aku berjaya tiup lilin dan potong kek dengan gayanya.

Habis makan tiba la upacara paling power sekali. Orang bagi hadiah kat aku. Geng-geng aku ni dah boleh baca la hadiah yang diorang bawak. Paling power Ding-Dang tak pun Tora. Yang lain tu jajan gambar durian tu, keropok ketam, kuaci. Tapi mak aku cakap bersyukur kalau orang bagi hadiah. Jangan merungut.

Sampai part abang-abang dengan kakak aku bagi hadiah. Aku dah lupa hadiah yang diorang bagi masa tu. Tapi abang aku yang tengah sakit ni bagi hadiah yang paling besar. Tak sabar aku nak bukak. SET MEWARNA! Aku kecik-kecik memang suka melukis. Punya la aku happy masa tu. Petang tu aku tak keluar main dah walaupun beberapa kali kawan-kawan aku panggil. Aku sibuk melukis. Lantak korang la tak cukup orang nak main konda-kondi.

Tapi masa berlalu, aku berubah, sekililing aku berubah. Aku membesar seperti kebanyakkan remaja. Ada masa jiwa memberontak. Jadi kurang rapat dengan keluarga kerana kononnya ingin bebas. Macam-macam peristiwa jadi. Ada yang suka, ada yang tak berapa nak suka. Tapi sekarang bila aku dah jadi suami, dah jadi bapa baru aku sedar betapa pentingnya ikatan kekeluargaan tu. Syukur aku sedar walaupun lambat tapi belum terlewat.

Sampai ke hari ni keadaan abang aku masih kritikal. Tetapi ada perkembangan positif. Bacaan darah dah naik. Alhamdulillah. Aku kat sini masih sibuk dengan dunia. Jarang dapat tengok abang aku. Harap-harap aku sempat melawat abang aku sebelum waktu melawat tamat esok.

"Abang, adik masih mahu dengar cerita abang. Cerita agama, cerita baju bundle, cerita kelakar, cerita itu, cerita ini. Abang tukang cerita terbaik dalam dunia. Nanti abang sihat kita duduk meja bulat depan rumah mak abah sembang-sembang lagi. Air nescafe panas wajib ada. Sihat cepat ye bang. Adik tunggu."

Iryma Punya Pasal!

Aku selongkar-selongkar almari cari seluar pendek poket tepi aku. Aku dah lambat tapi malam tadi dan bincang dengan Pian, Sapik dengan Iryma nak pakai seluar pendek. Walaupun betis aku tak berapa sesuai untuk tatapan umum aku akur je la.
Seluar camouflage poket tepi jenama Puma yang aku beli 4-5 tahun lepas aku sarung. Capai t-shirt jenama sendiri. Lepas tu pilih kasut. Seluar Puma, kasut pun kena Puma la. Aku pun sarung kasut Puma separuh nazak aku. Aku usya seluar aku. Masih tutup lutut. Ok ngam, dah cukup sempoi untuk berniaga tengah panas kejap lagi.
Aku rasa nak sarapan tapi aku takut lambat. Nak kena jemput Pian kat Pandan Jaya dulu nanti. Aku pun ambil keputusan singgah kedai runcit dekat kawasan rumah aku beli milo kotak dengan roti. Budak yang jaga kaunter usya aku semacam. Aku pandang lutut tapi masih tertutup rapi. Aku pandang budak tu dengan sorotan mata paling ganas. Riak muka budak tu berubah dari sedikit kerek (mungkin dia anak tokey kedai) ke sedikit cuak (mungkin aku nampak ganas sebab lupa sikat rambut). Aku blah dari kedai tu lepas ambil duit baki. Budak tu mungkin trauma. Mungkin hari ini tak seindah hari-hari yang lain bagi dia. Tak tau la macam mana masa depan dia lepas ni. Tu la siapa suruh usya aku semacam.
Ok cukup! Aku dah lambat.
Aku sampai area rumah Pian. Nampak Pian berjalan ke arah kereta aku. Seluar panjang? What the kan!
Pian naik aku terus tanya "kata nak pakai seluar pendek?". Pian jawab "aku nak pakai seluar pendek, tapi nanti susah nak solat". "Eh, simpang ni belok kiri ke kanan Pian?" aku tanya Pian sambil adjust seluar bagi tutup lutut.
Lepas tapau sarapan dekat Pelita KLCC kitorang pun gerak ke tapak Tempatan Fest 3.0. Kitorang berniaga kat sini. Ada banyak gila local produk. Baju, t-shirt, keychain' kasut. Sebut je apa semua ada. Tapi aku pelik kenapa Proton dengan Perodua tak join. Gila kerek.
Sampai kat booth tengok Sapik dah ada kat sana. Sapik pakai seluar pendek. Yes ada geng aku.
Baru separuh booth yang buka. Separuh lagi mungkin dah banyak untung semalam kot. Tu yang hari ni buka lambat. Hari ni Flop Poppy ada perform. Shizuka pun turun. Confirm main Redline. Confirm!
Tiba-tiba dengar suara Iryma. Toleh belakang nampak Iryma dengab kawan dia. Tapi aku tiba-tiba rasa ditipu. Perasaan aku sama dengan Perasaan watak Andy dalam filem Shawshank Redemption masa dia kena penjara walaupun dia tak bersalah (macam takde kena-mengena kan?). Di sini aku nak tegaskan yang Iryma ialah pencadang kitorang pakai seluar pendek hari ni.
IRYMA PAKAI SELUAR PANJANG!

Lek Lu Sap Kok Lu

Aku dah masuk dalam bidang penjualan pakaian jalanan sekarang. Aku kena lebih kerap keluar melihat kehidupan dan lepak kedai mamak.
Patut la aku lapar. Dari pagi aku tak makan. Nasi putih, ayam goreng, kari campur tunggu jap. Manusia lapar nak datang.