Wednesday, 23 October 2013

Kupi Power Rangers (Part 1)

Malam tadi den poie Seghomban. Den minum kopi kek satu kodai ni. Kopi tu diberi namo Kopi Power. Kebetulan memang nak jumpo kawan den kek situ. Den ngan kengkawan den mengambil keputusan untuk mencubo Kopi Power yang sering diperkatokan tentang kehebatan eh.

Memang pokat kopi tu. Melokek kek tokak raso eh. Acik tuan kodai tu siap cakap lopeh abih minum kopi tu minum air kosong sekurang-kurang eh duo gelas.

Malam tu den dengan kengkawan den berborak la kisah dunia. Daripado kisah kereto Viva, makan durian, lensa DSLR yang panjang, mengambil gambar orang main golf sehinggaloh ke kisah keruntuhan akhlak remaja maso kini. Abih selosai minum kopi tu kengkawan den semuo minum air kosong tapi tidak den. Den pantang sikit minum air kosong ni sobab dulu ado menuntut (alasan).

Maso dalam perjalanan balik den raso kepalo den paneh. Hidung pula raso sompit. Dalam kepalo den raso padat. Den saspen lantas den bakar rokok dan memandu ikut irama lagu yang diputarkan oleh radio kontemporari.

Sampai rumah den sambung buek kojo den iaitu melakukan post-processing gambar-gambar perkahwinan yang den ambil dan mereka letak susunan gambar untuk dihantar ke kedai percetakkan untuk dijadikan album. Den pun buek la kojo sampai ke pagi. Sekitar jam 7 pagi den mengambil keputusan untuk tidur.

Lebih kurang 10.30 pagi tibo-tibo telefon pintar den berbunyi tando ado panggilan masuk. Dalam keadaan mamai den nampak namo "Mak" tertera kek skrin telefon pintar den. Baru den nak slide untuk menjawab panggilan tersebut deringan pun tamat. Den dail semulo tapi tiado jawapan. Akibat terlalu mengantuk den pun kembali tertidur.

Maso den bangun dari tidur den menggeliat akibat tahap kenyenyakkan tidur den yang memadai. Den mendepangkan tangan sekitar 90-120 darjah dan menggepal penumbuk. Tibo-tibo penumbuk sebolah kanan terkono dinding dan bunyi bising seakan bunyi letupan kedengaran kek luar. Den saspen lagi (kali ni lagi saspen dari saspen malam tadi maso tengah memandu). Den meninjau ke luar melalui tingkap bilik. Blok di sebolah runtuh menyembah bumi. Den saspen laie (ni yang paling saspen sekali). Den segera berpakaian sopan dan berlari ke luar. Tidak logik kalau bangunan tu runtuhan akibat kuasa yang dikeluarkan oleh penumbuk den sobab den tertumbuk dinding bilik den. Kalau ikut logik eh dinding bilik den la yang patut runtuh bukan bangunan sebolah. 

Maso den tongah kunci pintu rumah tibo-tibo ado orang menyapo den dari belakang. Den segera menoleh dalam keadaan bersedio kalau orang itu ingin menyerangkan den dengan apo-apo jurus sekalipun. Bilo den toleh den sedikit tenang. Beliau dari Gedex dan ingin menghantar parcel. Selepas menandatangani kertas yang beliau suruh tandatangan den pun kembali berlari ke luar.

Tiba-tiba...... (bersambung)

No comments:

Post a Comment