Hujan pagi-pagi ni buat aku liat nak bangun. Tapi terpaksa bangun juga sebab aku nak kena pergi Maybank. Kad aku dah nak putus dua dah. Pehal la diorang tak guna besi untuk buat kad ni?
Aku paling benci beratur. Dulu masa kat kantin sekolah kalau beratur panjang aku tahan paw makanan kawan-kawan daripada aku beratur (alasan).
Awal aku pergi bank ni. Mesti tak ramai orang. Aku pun ambil keputusan berhenti kat kedai beli roti dengan air kotak Milo sebagai pembekal tenaga sementara. Macam mana aku nak isi borang kalau takde tenaga kan? Habis air kotak Milo dengan roti tadi sampai la masa aku buat benda paling sedap pagi-pagi ni. Aku seluk poket ambil rokok. Syahdu je asap ni keluar dari mulut aku.
Sampai kat perkarangan Maybank Bandar Baru Bangi ni hati aku berderau. Banyak kereta! Banyak motor! What the kan! Aku bangun pagi kot. Diorang ni semua bangun pukul berapa?!
Aku dah macam nak masuk gear reverse lepas tu balik rumah dan menonton t.v dah tapi aku batalkan niat tu sebab kad aku dah tak boleh guna. Duit dalam wallet ada RM15 je. Dengan hati yang berat aku turub dari kereta dan melangkah longlai masuk ke dalam bangunan ni.
Perghhhhhhhh!! Ramai gila orang. Aku macam nak pitam. Kalau aku ada kebolehan memanupulasi masa mesti aku dah hentikan masa dan curi nombor giliran orang yang awal-awal. Tapi aku takde kebolehan tu. Lagipun tahyul je cerita-cerita Marvel tu. Korang jangan terpengaruh la.
Sekali lagi terdetik dalam hati aku untuk balik rumah dan menonton t.v dengan riang. Bila aku nak melangkah keluar je tiba-tiba aku teringat sesuatu. Hari tu aku dapat panggilan telefon dari seorang perempuan yang claim dia dari Service Card Centre. Dia minta maklumat kad aku. Aku dalam tak percaya bagi juga maklumat kad aku ni. Pukau aku rasa. Khurafat betul diorang ni.
Atas sebab-sebab yang demikian aku batalkan sekali lagi niat untuk balik rumah. Entah-entah pagi ni ada cerita C.S.I. Entah-entah ada cerita Ben 10! Entah la.
Aku menuju ke kaunter pertanyaan untuk ambil borang dan ambil nombor. Segak brader yang duduk kaunter ni. Berbaju kameja dan bertali leher dengan logo syarikat. Sikit je lagi nak Aaron Aziz bang. Teruskan usaha.
"Saya nak tukar kad bang. Kad saya dah patah" - aku
"Boleh. Tapi lama ni" - Abang Segak
"Lama nak buat kad?" - aku
"Buat kad kejap je tapi nak tunggu yang lama" Abang Segak
Aku pandang mata abang tu tanpa senyum. Abang tu nampak awkward. Aku pegang bahu abang tu dan berkata "Kadang-kadang dalam hidup kita terpaksa buat perkara yang kita tak suka". Aku ambil nombor dan cari tempat duduk yang macam dah penuh. Abang Segak masih berdiri di kaunter dengan senyuman.
No comments:
Post a Comment