Tuesday, 10 December 2013

Sedar

Semua orang mahu jadi juara, jadi ketua, duduk di tempat pertama.

Dari kecil lagi aku ada sifat tak suka sesuatu di tempat pertama. Contoh kalau lagu Superman - Five For Fighting paling hangat disiulkan muda-mudi aku lebih selesa dengan lagu 100 years. Kalau dalam filem Young And Dangerous ramai orang suka Chan Ho Nam tapi aku lebih selesa dengan watak yang dilakonkan Jordan Chan iaitu Chicken. Perkara tak suka tempat pertama ni meliputi segala aspek hidup aku. Kalau main bola tak suka jadi striker. Kalau diberi peluang untuk jadi ketua aku lebih selesa jadi penolong/naib/timbalan ketua.

Aku tak suka terlalu di highlight kan. Mungkin sebab tu aku tak jadi pelakon (ehem) dan berlakon di samping Aaron Aziz.

Ada yang cakap aku hidup dalam bayangan seseorang. Jadi parasit. Tapi aku nafikan. Nafikan dengan perbuatan bukan dengan perkataan. Aku bukan jenis penghisap darah orang. Jika aku duduk dalam satu-satu kumpulan/organisasi pasti aku tinggalkan sedikit jasa sebelum aku terbang pergi.

Tapi seperti setiap manusia yang bernafas aku juga mahu berjaya. Dan sepertimana azali aku mahu selesa di tempat kedua.

Berjaya dan tempat kedua nampak tak serasi. Bukan gabungan yang baik tapi aku terus mencuba. Aku sendiri tak nampak jalannya tapi aku kena terus berjalan. Kalau aku berhenti aku mati.

Tapi tiada orang yang berjaya dengan selesa. Perit dan kejayaan itu sebati. Mungkinkah aku kena lepaskan keselesaan itu? Aku pandang wajah-wajah kesayangan. Berbaloikah aku ambil langkah buang keselesaan? Bukan untuk aku tapi untuk mereka.

No comments:

Post a Comment